Tuesday, October 6, 2020

EPISODE 5 : UBAH PLAN ASAL - BESARKAN KELUASAN RUMAH,TAMBAH RUANG TAMU DAN BILIK


 Lepas PKP hari tu,, adik mir ada balik melaka kejap,, kebetulan masa tu raya haji,,,so boleh la tinjau rumah yang mir plan nak jadi Homestay Tok abah ni

mir plak masa tu tengah onduty ,, so tak boleh nak balik melaka,,, adik mir kira jadi mata-mata la,, 

dia bilang,, ruang tamu ko kecik,, bilik ko besar,,, hahahaha


memang mir ni suka bilik besar,, tak tau kenapa,, mir plak jenis terperuk dalam bilik lama berbanding lepak luar,, sebab tu mir suka bilik mir luas,, heheheh

sebenarnya,, mir ada plan akan besarkan rumah tu nanti, kebetulan Allah turunkan rezeki masa PKP ari tu,, sebab tak yah bayar loan,,, so mir kumpul semua duit tu mir besarkan ruang tamu dan tambah bilik satu dan satu bilik air mengikut plan,, alhamdullillah,, budget cukup,,, pemaju setuju untuk tambah ruang mengikut plan yang mir bagi,,,


Thursday, October 1, 2020

EPISODE 4 : CABARAN AIR TAKDE DAN COVID 19


 Taraaaaaa... ini la rumah mir yang mir plan mula-mula,,, dengan budget RM55K,,, hebat bukan,,

seperti yang mir pernah cerita sebelum ni,, rumah ni 2 bilik jer sebab mir nak bilik luas,,, Untuk pengetahuan u ols,,project rumah ni betul-betul di bina masa bulan Februari,,, tapi masa tu  baru naik tiang ,, mir ada la mai datang dengan mak mir sekali sekala,, maklum ler lepas bocor je rahsia mir bina  rumah ,,hari-hari mak mir call minta mir bawa dia balik kampung tengok rumah,, padahal,,, baru je naik lantai,,, pastu naik tiang,, dah excited nak balik tengok,,

Genap sebulan rumah di bina,, ini la pic yang korang boleh tengok,,, masa naik dinding ngan tiang ni,, cabaran dia,, kat melaka ni selalu sangat berlaku air takde,, baru ada sejam,, 10 jam takde air,, kira air ni  kejap ada ,, kejap takde,,, mcm tu la,, sebelum lebih baru la siap naik tiang dengan batu,,, baru naik bumbung,, kebetulan masa mir datang dengan mak ,, bumbung baru je siap,, lepas dah belek semua benda,,, kami balik terus PM umum PKP di laksanakan,, so rumah tu tertangguh 3 bulan,,,sepanjang PKP tu mir x balik la jengok rumah tu,, pastu pkp habis,, time nak cuti raya tu,, adik ngan mak mir ada la balik melaka kejap

mir kebetulan kerja kat KL memang tak sempat nak tngok project berjalan,, so adik mir dah di lantik sebagai spy heheheh


ayat pertama dia keluar dari mulut,

" Alang rumah ko comey nya,,, "

" nanti kalau kita adik beradik balik ramai-ramai,, muat ke ni, kita adik beradik dah 7 orang,, campar cucu mak semua,, mau ada dalam 15 orang,, muat ke ni?


Ko raseeee,,,,,,


Wednesday, September 30, 2020

EPISODE 3 : PROJECT HOME STAY TOK ABAH TANJUNG BIDARA, MELAKA

 

Assalamualaikum... pejam celik-pejam celik dah episode 3 dah ,,

Selepas sign contract dengan Pemaju Anmas Maju,, kami g tengok lokasi tanah,,, 
ops lupa nak khabor,, project ni betul-betul di sebelah rumah makcik mir,, rumah maklong mir, rumah mak lang mir,,kira keliling ni semua sedara mara.. so kalau mir kerja kat KL,, ada la orang yang akan pantau project ni dari dekat kan

haa,,, sebut pasal akan pantau project ni,, ada peristiwa mir nak shared,,,

Masa Mir sign contract ni,, Mir pesan kat Abg Anuar ( Pemaju Anmas Maju ) ,, Mir minta buat project ni start isnin ( sebab mir jumpa dia hari Khamis ,16 Januari 2020)  dan 18hb plak kat tapak rumah tu ada jiran nak pasang khemah untuk kenduri . So depa nak pinjam la tapak lapang tu pasang khemah..dan disebab kan mir kata nak buat suprise kat mak mir ari tu,,,supaya dia balik kg,, boleh terkejut tengok rumah dah siap kan,,  so habaq la ,, hantar barang semua start isnin lepas kenduri,, kang hantar awal-awal ,, kantoi plakk,,

tapi planning Suprise tu tak jadi   u ols,,, orang kampung yang kantoi kan,, ko raseeee,,,

kisah nya, hari kenduri 18hb tu,,, lori barang sampai,,, 
pastu dia khabo la barang tu atas nama amirul,,, sah sah la nama exotic tu nama mir kan,, yang orang kampung tak tahu hujung pangkal ni g call mak mir kat KL tanya,, eh,, ko ada project buat rumah ke kat melaka ni,,, makcik mir plak tak tahu menahu,, sebab tukang report nya ramai sangat ehhehehe

so nak di jadikan cite,, benda tu kantoi la,, mak mir call mir tanya,, ko balik kg ari tu sebab bincang nak buat rumah kat kg ke,, nak tak nak mir ngaku je la,, kang jadi anak durhaka plak menipu,, tak pasal-pasal kan

ok project tu terus jalan 20hb lepas proses hantar barang dah settle,, so untuk permulaan,, pemaju terus buat Bime dulu,, maklum la nak naik banglo hahahahha






EPISODE 2 : MAKING HOME STAY TOK ABAH TANJUNG BIDARA, MELAKA

Assalamualaikum,, 

Ok mir nak sambung tentang pembinaan ni,, ops lupa blog ni akan menceritakan semua proses pembinaan rumah singgah mir kat melaka ya,,,harap korang sudi-sudi la menyewa home stay mir nanti hehhehe,, 


Plan rumah 

okey,, ni la plan rumah mir,, saiz 600 kaki persegi, mir ambil saiz rumah PPR kat facebook,, 20x30 kaki persegi,, sebab mir dah g home stay lain sebelum ni,, saiz rumah ni sesuai la untuk satu family sewa sehari dua malam,,, so dengah budget mir yang tak besar sangat tu,, sesuai la dengan plan asal mir ni,,,,

Pada mulanya,,plan asal nak buat 3 bilik,, tapi selepas bahagi-bahagi ruang macam kecik plak bilik tu,, korang bayangkan mir gi kerja,, mir bawa pita ukur dalam poket seluar setiap hari,, sebab nak tengok anggaran keluasan rumah,, kat opis mir ni ada tiles saiz 1x1 ,, senang mir nak ukur dan agak2 saiz,, ehheheh

ops lupa sebut pasal tanah,,, tanah yang mir nak buat home stay Tok Abah (HSTA) ni tak la besar mana, cukup la mir kata , selesa untuk sebiji rumah,,,

So ikut plan asal dapat la 2 bilik.. 1 bilik air satu.. 1 ruang tamu,, satu dapur,, yang lengkap,,,tiles dan table top,,,dan anjung,,, konon feeling macam duk kat rumah appartment saiz kompek heheheheh

Selepas setuju,, buat plan,, jumpa contractor,, sign agreement bagai,, baru la project rumah ni kira jadi la dengan Mahar RM55K,,, (Plan asal ya,,project ni ada perubahan tau,,, tungguu,,,, nanti mir update)

Mir call makcik mir kat kg,, ingat tak mir kata nak buat suprise kat bonda mir ,, biar dia balik kg dia terkejut ada rumah ,, so mir plan dengan makcik mir jangan khabor kat Bonda yang mir balik kg ni sebab mir nak buat rumah semua,,, so makcik mir setuju la,,, akan rahsiakan semua nyaaa,,, gaytiew,,


nanti sambung,, 

BISMILLAH

Assalamualaikum,,, saya pemilik blog Home stay Tok Abah,, Amirul Syafique,,, nak story sikit tentang pengalaman saya membina sebuah rumah di Tanjung Bidara Melaka, area Masjid Tanah,,

Alhamdulillah pelan asal masa nak buat rumah di Melaka ni,, dah lama plan tapi kewangan pada masa tu tak mencukupi,, jadi impian ni mir semat dalam hati sejak tahun 2018 lagi. Pada awal nya mir memang plan nak ada sebuah homestay sebab bonda dan ayahanda selalu ulang alik ke rumah makcik di melaka,,,setiap kali balik melaka,, mesti stay 2 3 hari tumpang rumah makcik,, so mir sebagai anak ada la pasang niat,, kalau ada rezeki buat rumah kat sini kan best,,,

Rezeki Allah siapa boleh sangkakan,, Mir masa tu saving tak banyak,, kebetulan mir ada buat kerja part time dengan menjual Bantal Viral Das Abdul Global (DAG), masa ni mir dah start sikit-sikit menyimpan,,, makan masa gak la hampir 2 tahun jadi agent semua berpanas hujan jual bantal hehehe,,,, Alhamdulillah simpanan mir cukup RM60K masa tu campur saving dalam bank semua,,, so masa ni impian nak ada sebuah rumah kat di Melaka mir cuba la rangka semula.. lukis balik kat atas kertas A4,,, masa ni pasang angan-angan hehehe maklum la berangan tak kena bayar kan,,,pastu kan belek-belek gambar rumah-rumah kecik kat FaceBook ..masa ni hati memang berbunga laaaa hehehehe

Sebelum nak plan tu,, mir dah jangka la nak bina rumah ni mesti pakai duit yang banyak,, pastu berapa bilik nak buat,,, berapa luas,, apa yang kita nak,, masa plan ni hujung tahun 2019 bulan 11 Mir dah rasa nak buat,,, sebab masa tu besday mir,, so Mir pasang impian,,,kuatkan semangat,,,plan kalau boleh tahun depan 2020 nak ada satu rumah kat kampung,, walaupun kecik,tapi boleh la buat hadiah pada bonda mir,,,so mir kira-kira, bonda mir mesti takkan balik kg sehingga cuti sekolah akan datang,, paling busuk bulan 2 masa cuti sekolah pertengahan tahun time tu biasa mak mir akan balik ,,konon nak buat surprise la,,,,

so start bulan 11,2019 tu mir dah start cari contractor yang boleh merialisasikan impian mir,, walaupun budget ciput hehehhe

Mir ada la jumpa 4 contractor ,, masa Mir cakap budget dalam RM50K,,, semua kata tak boleh nak buat, kurang-kurang mesti nak dalam RM68K untuk dapat rumah saiz 600 kaki persegi dengan dapur,, ada table top,, lantai mozek,, siling satu rumah,, termasuk wayaring siap semua,,.masa tu kan mata mir dah terkebil-kebil dah,,maklum la budget kita ni kecik je,, nak kena korek,,tambak semua,,,mir plak fikir kalau buat kecik dapat saiz rumah flat atau PPR pun dah ok,,,Pastu mir ubah plan buat 2 bilik sebab nak bg bilik besar maklum la adik beradik mir ramai hahahahah ,, dapat rumah tamu biasa-biasa je dah la, biar semua berlonggok tido dalam bilik pun ok,,, hehehehe so masa cari contractor ni ,, mir jumpa satu contractor baru ni,, Anmas Maju Sdn Bhd,,(nanti mir tunjuk hasil kerja beliau)  tu pun makcik mir Azizah yang kenal kan,, beliau setuju,, bila mir tunjuk plan rumah,, tapi kena tambah sikit la sebab harga simen tak sama dengan plan dulu-dulu,, ye la ,, time tu mir plan tahun 2018 kan,, so harga barang tak sama ,,, tokey Anmas Maju nama Anuar ni setuju buat denga Harga RM55K,, Alhamdulillah,, mir setuju,,, tapi make sure siap hujung bulan june sebab mak mir nak balik time tu,, dengan harapan rumah siap ,,dia terkezut gaytiew la heheheh,,,

ok la nanti mir sambung lagi ya,, semua mir akan cite dalam ni,,,

korang doakan ya,,, Bismillah,,,

EPISODE 5 : UBAH PLAN ASAL - BESARKAN KELUASAN RUMAH,TAMBAH RUANG TAMU DAN BILIK

 Lepas PKP hari tu,, adik mir ada balik melaka kejap,, kebetulan masa tu raya haji,,,so boleh la tinjau rumah yang mir plan nak jadi Homesta...